Wednesday, August 25, 2010
Breastfeeding
Dah 4 Bulan dah Qesya menyusu susu Ibu..Alhamdulillah sepanjang ramadan ni Ibu tak menghadapi sebarang masalah walaupun pada mulanya takut susu berkurangan. Rupanya sebaliknya biarpun puasa susu tetap ada malah semakin senang untuk dipam.Kalau dulu 3oz jer sekarang ni 5oz pun boleh dapat dalam satu sesi. malah makin pekat berkat bulan ramadan ni.
Terima Kasih daun keladi
Buat Abang terima kasih tak terhingga kerana pengorbanan bersama dalam meniti hari2 selepas kelahiran Qesya..Banyak ragam Qesya terutama tak tidur malam..hehe. Banyak sangat pertolongan abang yang tak mungkin terbalas rasanya....Dalam keadaan sekarang ni tidur tak menentu dan macam-macam lagi la kan.Semua ditanggung beres oleh abang..Syabass kerana menjadi seorang yang memahami dan menyayangi keluarga seadanya.....
Qesya suka hisap jari..
Kisah Nurin
Haaa...Nurin ni memang caring habis..Boleh harap jaga si baby Qesya. Sedang berusaha kuat untuk menyaingi kakak dengan result yang sederhana gitu...go ..go..Nurin buat yang terbaik untuk final exam nanti...Mumtaz dalam tangan tau....
Kisah Si Dara Ibu-Izzati
Minggu lepas kakak dah dapat result trial upsr...alhamdulillah dia dapat skor 5A, Bukan main lagi permintaan dia...apa nak buat dia menuntut janji-janji manis ibu dan ayah.hehe...Hujung minggu ni baru plan nak cari hadiah kat dia...sekarang ni tengah tunggu result PSRA trial lak...Kalau dapat Mumtaz lagi sekali janji akan dituntut...Itulah dia Izzati seronok gak gelagat dia berusaha kuat untuk dapat apa yang dia nak...
Harapan Ibu buat kakak agar cemerlang dalam UPSR dan PSRA kelak....
Harapan Ibu buat kakak agar cemerlang dalam UPSR dan PSRA kelak....
Happy Birthday
Friday, August 20, 2010
Qesya suka main air liur
Hari ni penat sangat mata ibu, dah dua malam Qesya x bole tidur nyenyak sampai pagi terus sahur Ibu. Agaknya Qesya macam nak tumbuh gigi kot...tapi Ibu x nampak pun tanda2 gusi bengkak..Bab air liur ni hhhmmmm meleleh sentiasa siap buat bubling lagi..cute sangat Qesya buat mcm tu..
Monday, August 16, 2010
AnakIbu-Nurqesya Qaseh-D.O.B.:28 April 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)