Sunday, December 26, 2010

Qesya dah naik walker..yeh..yeh


 Qesya dah 8 bulan (28 dis 2010)...dah pandai mop lantai rumah. hu hu...dah boleh pegi sana sini dan sinun. hehe..Semalam Ayah belikan Qesya Walker...bukan main suka lagi dia walaupun gelabah gak 1st time duduk dalam walker...dia x tau nk wat apa...sibuk ngan main muzik jew..Pas tu baru dia perasan yang benda tu boleh dibawa kedepan dan kebelakang..Tapi yang pasti Qesya suka reverse jew...

Tuesday, December 21, 2010

KLIK KAT www.majalahpama.com.my

KLIK KAT www.majalahpama.com.my
turun bwh dan KLIK"PERADUAN BAYI BULAN INI"
turun bwh lagi KLIK page 15 (dibghgian senarai page)
gambar qesya kt situ dan KLIK UNDI...tq
Hari ni 22/12/2010... undian Qesya not bad mencecah 32 ribu lebih....Qesya kat page 15 lak hari ni...Kepada pengundi2 teruskan klik UNDI sehingga 31/12/2010 ni...Undi free jew..haha...

Sunday, December 19, 2010

Cameron Highland

11 Nov 2010...gerak dari rumah kol 8am...sampai CH kol 11am..terus singgah kt Tringkap shopping sikit kt situ sementara menunggu group dr Kelantan...Kol 2 check in kt HomeStay Taman Belia...ptg lps asar kuar p pasar malam..shopping2 wah sejuk btol kt sini suhu 17 C....mcm malas nk gerak jer..mlm tu shopping kt pasar malam..




Esk lps BF (mkn sandwish telur n tuna) sume turun ke Ladang Boh..wow sejuk siot....just bergambar je kt ats nun..bebudak jalan2 kt lereng Teh...kol 11am gerak ke bawah (Tapah) berhenti disekejap shopping sayur tok bawa balik...kol 3 berehat kt Kuala Woh...mandi air terjun + air panas...sukanya ank2 Ibu..Ibu ngan ayah jadi guard jew...kol 5.50pm gerak balik...enjoy gak walaupun sehari di Cameron Highland...SEJUKKK!!!!

lepak kat library Shah Alam


Ari tu dah x tau nk wat apa teringat lak dah lama x p library..Last pegi masa sblm keje kot...last 3 years..Oh no...sian ank2 Ibu segalanya berubah setelah bekerja ek..tiada lagi lepak2 kt luar cuma sesekali jew...Enjoy tgk ank2 beriadah dgn buku2  ni..termasuk la  Qesya ni..sporting btol dia lama gak kita kt library qesya smpt mkn bubur la kt cafe library..Afiq kt dlm surf internet....

Monday, November 29, 2010

Selamat Hari Lahir buat Nurin Husna

Birthday kek buat Nurin - 17 Nov 2010

Ini je yang beria-ia Nurin nak masa hari jadi dia...mmmm jmat duit ayah..hehe

celebrate kat umah je coz Qesya demam.....
17 Nov 2010....Genap sudah Nurin 11 Tahun..Manis anak Ibu ni....Hepy Besday sayang Ibu...Kita celebrate sekali ngan Raya Haji..Makan McD dan kek secret resepi...dan ayah belikan mainan atas permintaan Nurin hahah....Tumblin Monkey...ayah nak bagi Hp Nurin x nak.....comel sungguh Nurin ni..masih nak ayah belikan permainan. hehe..selamat duit ayah ye..apa2 pun....semakin besar anak Ibu kan moga hari2 mendatang akan menjanjikan kebahagiaan buat Nurin..Semoga Nurin menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat hendaknya...amin.

Hu..hu..Qesya demam

Bacaan platlet...

17 Nov 2010, Hari ni qesya demam...first time dia x sihat.Sian dia kena pulak masa raya Haji...Merengek jew.Esoknya pegi Klinik check darah sah platlet dah turun.Bacaan 153 so doktor suspek Denggi...Sedihnya hati Ibu ni takut trajedi lama berulang. Masa tu 2007 ketiga2 anak Ibu masuk ICU gara2 denggi ni..

Setiap pagi bawa Qesya p Klinik ambik darah.Luluh hati Ibu tengok Qesya meronta2 dan menangis kena cucuk jarum...Akhirnya hari ke 6, alhamdulillah bacaan platlet kembali stabil dan Ibu 23 Nov Ibu dah start keje..haha cuti pun x habis....melopong la disember ni.

Qesya dah 7 bulan -28 Nov 2010


Ini gambar terbaru Qesya. Dia dah pandai mengesot ke depan untuk ambil apa yang ada dkt dia. Dah pandai duduk pun.....sibuk gak ngan komputer dia...sukanya Ibu tegok Qesya membesar dari hari ke hari...

EBM Qesya + bubur nasi + puri buah


Inilah susu Ibu dan bubur nasi buat Qesya. Qesya dah start makan bubur nasi + sayur2an dan puri buah aplle n pear masa umur dia 6 bulan....seronok bagi dia makan.sekarang ni makan sambil duduk lak..dah besar Qesya...sukanya dier...

Pam Susu Qesya


Dibeli pada 12 Ogos 2010..Spectra3- (RM350.00). Memang banyak tol jasa pam ni. Sampai sekarang dah 7 bulan umur Qesya dan dia masih berkhidmat sebaiknya. Dan Qesya masih menyusu susu Ibu sepenuhnya.

Happy Anniversary ke 16 - 27 Nov 2010

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu banyak..
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu
betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!..........I LOVE U SO MUCH...

UPSR & PSRA





11 Nov 2010 tanggal yang mendebarkan...Terima dengan redha 4A 1B (UPSR).Memanglah kakak nampak frust tapi suratan tertulis begitu.Syukur kepadanya...BI yang kantoi. Ayah bagi Camera Toshiba untuk kakak.
12 Niv 2010 PSRA lak yang ditunggu2 dah kuar..Jayyid Jiddan-78.2%...Kakak dapat hadiah Anugerah Cemerlang di SRA Meru....

Sunday, November 7, 2010

d pizza...

semalam kuar jugak dr rumah setelah 2 hari hnya home sweet home sempena depavali...dengan menaiki kancil bersumbat-sumbat lah jugak dengan brg2 qesya sib baik afiq still kt Bgn Datok so ngam2 la kita sume ni campur ngan stroller n rocking chair Qesya...Cuaca pun cantik gak..mendung gitu x der la panas si kancil nih...Banyak jasa Kancil ku ini yang dah berusia 11 thn..Pegi shopping kt Giant S.Alam pas tu mkn pizza kt sc 20.sempat gak snap pic ni...

Thursday, October 28, 2010

Qesya 6 bulan..

28 Oktober...Qesya dah enam bulan dan mula makan.....Ibu buatkan qesya puree apple dan pear...seronok tengok Qesya makan....Makan sambil sembur2...nakal la dia..Hari ni kena injek lagi.Nasib baik Qesya tak demam..Kuatnya sayang ibu ni....Berat Qesya dah 6 kg.

Saat Izzati di Wad KPJ Selangor


24 Oct 2010, izzati tiba2 diserang demam, sakit kepala dan muntah2...Esoknya pergi klinik ambik ubat n antibiotik...Ptg isnin sakit kepala semakin teruk terus pergi klinik lagi dan Dr nasihatkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Pukul 6.30pm hantar Qesya kt babysitter terus menuju ke KPJ Selangor....Dr suspek denggi..so admit mlm tu siap ngan ambik darah dan terus masuk air...
Malam tu ayah jadi teman sebilik...Hari kedua kt spital...pagi ibu datang dan turn ayah balik rumah...demam berkurangan dan masih sakit kepala.Hari ke3 alhamdulillah sume dah kurang...tunggu doktor je..kol 6pm doktor datang dan suruh tunggu smpi esok..Slow talk ngan doktor utk discaj ari tu juga dan dibenarkan discaj ptg tu...

Friday, October 22, 2010

I am sorry...

Buat abang.....maaflah ye bang x sangka kecuaian seketika hilang segala....NCD abang la tu....Pada abang tabahkan hati ye...yang penting Su selamat cuma pintu Wish yang kemek dan tentu-tentunya NCD abang tak selamat....sekali lagi bang maaf dipinta kerana menyusahkan dan menambahkan urusan.....huhuhu...rasa arghgh macam-macam rasa lah...apa apapun bang i m sorry...

Thursday, October 21, 2010

Kete Wish kena cium...

19 Oct 2010-Pagi selasa  yang x menceriakan rupanya ada sesuatu yang tersirat..Sakit pinggang sangat membuatkan aku tetibanya rasa kena jumpa doktor untuk berehat hari tu...Jam 9am bertolak ke klinik sendirian biarpun pada awalnya nk bawa Qesya dan akhirnya tukar fikiran sebab Abang ada kt rumah...Tepat jam 10.30 keluar dari klinik dan dengan perasaan terawang-awang bukan jiwang okey...start kete buat satu pusingan di belakang rumah kedai kat Klinik AN NUR dan terus keluar simpang dengan bersopan santunnyer tetiba je kete ku dihentam dari pintu tepi terus tergamam dan x terkata....adoi si CHERRY DAH CIUM WISH...huhuhu
Bertemulah aku dengan owner Cherry tu untuk menyelesaikannya.. Call hubby masing2...uhhhhh pompuan accident!!.Nasib baik Qesya x ikut...alhamdulillah sekurang2nya kete yang kemek....
Pukul 12pm pergi Kapar buat report tapi x leh kena report di Polis Trafik Klang...Jam 2 sampai sana sambil tunggu giliran Owner Cherry pun sampai dengan Hubby dia..Salam lebih kurang tanpa cakap banyak giliranku dipanggil...Buat laporan kejadian lebih kurang cam ni.....Pada lebih kurang jam 10.30 saya dari Klinik Annur Taman Desa Permai hendak pulang kerumah di Taman Meru Putra sampai disatu simpang sedang saya membelok kekanan tiba2 datang sebuah kereta melanggar pintu sebelah kiri saya.....lebih kurang camtu ler..Dan dengan ini aku dengan rasminya disaman huhuhu....

Tuesday, October 5, 2010

Qeysa dah mula meniarap

28/10/2010 Genap Qesya lima bulan, seronok tengok perkembangan sihat Qesya. Kena injection lagi untuk usia lima bulan. alhamdullillah Qesya sihat tanpa demam langsung. Qesya dah mula meniarap dan dah pandai bermain sambil meniarap..

Wednesday, August 25, 2010

Breastfeeding

Dah 4 Bulan dah Qesya menyusu susu Ibu..Alhamdulillah sepanjang ramadan ni Ibu tak menghadapi sebarang masalah walaupun pada mulanya takut susu berkurangan. Rupanya sebaliknya biarpun puasa susu tetap ada malah semakin senang untuk dipam.Kalau dulu 3oz jer sekarang ni 5oz pun boleh dapat dalam satu sesi. malah makin pekat berkat bulan ramadan ni.

Terima Kasih daun keladi

Buat Abang terima kasih tak terhingga kerana pengorbanan bersama dalam meniti hari2 selepas kelahiran Qesya..Banyak ragam Qesya terutama tak tidur malam..hehe. Banyak sangat pertolongan abang yang tak mungkin terbalas rasanya....Dalam keadaan sekarang ni tidur tak menentu dan macam-macam lagi la kan.Semua ditanggung beres oleh abang..Syabass kerana menjadi seorang yang memahami dan menyayangi keluarga seadanya.....

Qesya suka hisap jari..

Tengoklah Qesya dah 4 bulan...tido sentiasa jari dalam mulut....Waktu tidur pun dah terbalik.Kuat tidur waktu siang dan berjaga diwaktu malam...aduhhhh ngantuk betul Ibu walaupun dah take turn ngan ayah...sabar je la..apapun suka Ibu suka sangat tengok perkembangan Qesya.....sayang Qesya

Kisah Nurin

Haaa...Nurin ni memang caring habis..Boleh harap jaga si baby Qesya. Sedang berusaha kuat untuk menyaingi kakak dengan result yang sederhana gitu...go ..go..Nurin buat yang terbaik untuk final exam nanti...Mumtaz dalam tangan tau....

Kisah Si Dara Ibu-Izzati

Minggu lepas kakak dah dapat result trial upsr...alhamdulillah dia dapat skor 5A, Bukan main lagi permintaan dia...apa nak buat dia menuntut janji-janji manis ibu dan ayah.hehe...Hujung minggu ni baru plan nak cari hadiah kat dia...sekarang ni tengah tunggu result PSRA trial lak...Kalau dapat Mumtaz lagi sekali janji akan dituntut...Itulah dia Izzati seronok gak gelagat dia berusaha kuat untuk dapat apa yang dia nak...
Harapan Ibu buat kakak agar cemerlang dalam UPSR dan PSRA kelak....

Happy Birthday

Hari ni 25 Aug 2010 genap la anak bujang Ibu 15 tahun..Happy Birthday to Afiq, mudah-mudahan menjadi anak yang soleh dan cemerlang...amin..Hadiah belum difikirkan lagi .Maklumla bulam puasa la...

Friday, August 20, 2010

Qesya suka main air liur

Hari ni penat sangat mata ibu, dah dua malam Qesya  x bole tidur nyenyak sampai pagi terus sahur Ibu. Agaknya Qesya macam nak tumbuh gigi kot...tapi Ibu x nampak pun tanda2 gusi bengkak..Bab air liur ni hhhmmmm meleleh sentiasa siap buat bubling lagi..cute sangat Qesya buat mcm tu..
NurQesya Qaseh....nak masuk 4 bulan 28 Ogos ni....

Anak Ibu

Ini Nurin Husna dilahirkan pada 17 November 1999 dah 11 tahun pun.anak ketiga dalam famili

Anak Ibu

Nursyafiqah Izzati dilahirkan pada 4 Desember 1998, anak kedua Ibu
Ini Afiq Naufal satu-satunya putera Ibu, dilahirkan pada 25 August 1995. Dah 15 tahun pun.

Happy family

Aku dan suami tercinta....
Seronok masa pergi Singapore. banyak tempat-tempat menarik kami singgah cuma one thing mahal kalau convert ngan duit kita hehe..anak-anak sume happy.

Monday, August 16, 2010

AnakIbu-Nurqesya Qaseh-D.O.B.:28 April 2010

Hai sayang ibu..Qesya dah nk masuk 4 bulan end Aug ni..Qesya dah pandai mengereng...Bila na meniarap yea...suka sangat buat bubling hehe...kalau hisap jari penuh mulut Qesya dengan jari jemari yang comel tu..