Wednesday, August 25, 2010

Breastfeeding

Dah 4 Bulan dah Qesya menyusu susu Ibu..Alhamdulillah sepanjang ramadan ni Ibu tak menghadapi sebarang masalah walaupun pada mulanya takut susu berkurangan. Rupanya sebaliknya biarpun puasa susu tetap ada malah semakin senang untuk dipam.Kalau dulu 3oz jer sekarang ni 5oz pun boleh dapat dalam satu sesi. malah makin pekat berkat bulan ramadan ni.

Terima Kasih daun keladi

Buat Abang terima kasih tak terhingga kerana pengorbanan bersama dalam meniti hari2 selepas kelahiran Qesya..Banyak ragam Qesya terutama tak tidur malam..hehe. Banyak sangat pertolongan abang yang tak mungkin terbalas rasanya....Dalam keadaan sekarang ni tidur tak menentu dan macam-macam lagi la kan.Semua ditanggung beres oleh abang..Syabass kerana menjadi seorang yang memahami dan menyayangi keluarga seadanya.....

Qesya suka hisap jari..

Tengoklah Qesya dah 4 bulan...tido sentiasa jari dalam mulut....Waktu tidur pun dah terbalik.Kuat tidur waktu siang dan berjaga diwaktu malam...aduhhhh ngantuk betul Ibu walaupun dah take turn ngan ayah...sabar je la..apapun suka Ibu suka sangat tengok perkembangan Qesya.....sayang Qesya

Kisah Nurin

Haaa...Nurin ni memang caring habis..Boleh harap jaga si baby Qesya. Sedang berusaha kuat untuk menyaingi kakak dengan result yang sederhana gitu...go ..go..Nurin buat yang terbaik untuk final exam nanti...Mumtaz dalam tangan tau....

Kisah Si Dara Ibu-Izzati

Minggu lepas kakak dah dapat result trial upsr...alhamdulillah dia dapat skor 5A, Bukan main lagi permintaan dia...apa nak buat dia menuntut janji-janji manis ibu dan ayah.hehe...Hujung minggu ni baru plan nak cari hadiah kat dia...sekarang ni tengah tunggu result PSRA trial lak...Kalau dapat Mumtaz lagi sekali janji akan dituntut...Itulah dia Izzati seronok gak gelagat dia berusaha kuat untuk dapat apa yang dia nak...
Harapan Ibu buat kakak agar cemerlang dalam UPSR dan PSRA kelak....

Happy Birthday

Hari ni 25 Aug 2010 genap la anak bujang Ibu 15 tahun..Happy Birthday to Afiq, mudah-mudahan menjadi anak yang soleh dan cemerlang...amin..Hadiah belum difikirkan lagi .Maklumla bulam puasa la...

Friday, August 20, 2010

Qesya suka main air liur

Hari ni penat sangat mata ibu, dah dua malam Qesya  x bole tidur nyenyak sampai pagi terus sahur Ibu. Agaknya Qesya macam nak tumbuh gigi kot...tapi Ibu x nampak pun tanda2 gusi bengkak..Bab air liur ni hhhmmmm meleleh sentiasa siap buat bubling lagi..cute sangat Qesya buat mcm tu..
NurQesya Qaseh....nak masuk 4 bulan 28 Ogos ni....

Anak Ibu

Ini Nurin Husna dilahirkan pada 17 November 1999 dah 11 tahun pun.anak ketiga dalam famili

Anak Ibu

Nursyafiqah Izzati dilahirkan pada 4 Desember 1998, anak kedua Ibu
Ini Afiq Naufal satu-satunya putera Ibu, dilahirkan pada 25 August 1995. Dah 15 tahun pun.

Happy family

Aku dan suami tercinta....
Seronok masa pergi Singapore. banyak tempat-tempat menarik kami singgah cuma one thing mahal kalau convert ngan duit kita hehe..anak-anak sume happy.

Monday, August 16, 2010

AnakIbu-Nurqesya Qaseh-D.O.B.:28 April 2010

Hai sayang ibu..Qesya dah nk masuk 4 bulan end Aug ni..Qesya dah pandai mengereng...Bila na meniarap yea...suka sangat buat bubling hehe...kalau hisap jari penuh mulut Qesya dengan jari jemari yang comel tu..