Tuesday, May 31, 2011

AKU HAMBA....

Aku selalu membuat dosa
Sering melakukan kesalahan
Sekalipun aku sudah pun mencuba
Untuk menolaknya wahai Tuhan
Dengan rahmat-Mu Engkau
Ampunkanlah aku
Seluruh dosa-dosaku
Jangan biarkan aku terumbang ambing
Dan tenggelam dengan dosa
Aku inikan hamba-Mu
Aku adalah boneka
Yang Engkau cipta
Jangan Engkau biarkan aku
Tanpa pimpinan, aku akan tersesat jalan
Kalau Engkau biarkan aku
Dengan dosa dan noda
Kalau Engkau tinggalkan aku
Dengan kesalahan
Segala yang ku miliki
Tiada erti apa-apa
AMPUNKAN AKU ...YA ALLAH...

Monday, May 30, 2011

RENUNGAN.....

Kadangkala Allah hilangkan mentari...
Kemudian DIA datangkan guruh...
puas kita menangis...
mencari mana mentari kita...
rupa-rupanya Allah nak menghadiahkan kita pelangi yang indah..

Syukur padaNYA....amin

Thursday, May 26, 2011

DIA....

Yaallah, Jadikanlah aku yang no.2 dihatinya...
Biarlah cintanya padaku adalah yang ke 2
Selepas cintanya pada Mu dan kekasih Mu
biarlah dakwah dijalanmu menjadi ISTERI PERTAMANYA,
biarlah madunya(AKU LE) menjadi CINTA HATI UTAMANYA
Aku redho ya Allah...

Wednesday, May 25, 2011

SAYANGILAH ISTERI SELAGI HAYAT MASIH ADA...

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila  SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG  ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….

Thursday, May 5, 2011

Untuk Mu Abang Sayang....

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Apalagi secantik Zulaikha.

Justeru Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,Menjadi Sholehah....
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya.

Saat Isteri menjadi madu, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dari redha Allah SWT.
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru ......Kamu akan tersentak dari alpa,

Kamu bukanlah Rasullulah,
Pun bukan pula sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman, Yang berusaha menjadi insan soleh..AMIN...

Sunday, May 1, 2011

Happy 1st Birthday to NurQesya Qaseh

Chocolate Fudge Kek...yummy..yummy

Happynyer Qesya masa sesi nak potong kek nih....


Qesya dengan sepupu2 n kakak Izzati n kakak Nurin....


Nurin tolong Qesya potong kek...


1st time Qesya makan kek...

Selamat hari lahir Qaseh dari Ibu dan Ayah...
Hari ni Ibu celebrate Besday Qesya sempena majlis HJ MAHMUD FAMILY GATHERING. Semoga Qesya dirahmati Allah dan menjadi anak yang solehah, doa Ibu dan Ayah buat Qesya. Setahun sudah usia Qesya biarpun baru saja rasanya dan masih terngiang2 ditelinga ibu tangisan pertama kelahiran Qesya. Syukur alhamdulillah..SELAMAT HARI LAHIR SAYANG dari Ibu,Ayah,Abang Afiq, Kakak Izzati n Kakak Nurin....